Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu


Checklist Mendaki Kinabalu
2011 - 2017: gambar bukan sekadar hiasan 🤣

Hari pertama: 

Mendaki dari Timpohon Gate ke Laban Rata. (6KM)

  1. Baju x2 (pilih yang cepat kering / bukan cotton)
  2. Seluar hiking x2 (ringan dan cepat kering)
  3. Baju hujan / payung 
  4. Coklat / protein bar / energy gel
  5. Makanan tengahari (jika tidak dibekalkan oleh ejen)
  6. Air minum 1 - 2 liter (air biasa / air tenaga / air garam)
  7. Kasut (kasut bergigi / trail / wetgrip)
  8. Stokin (2 pasang)
  9. Tongkat (pilihan, boleh sewa di sana)
  10. Knee guard (Kalau lutut ada sakit)
  11. Beg kecil (untuk simpan makanan, air, baju hujan/payung, duit) 
  12. Duit (untuk luar jangka- max RM200)
  13. Camera / video / handphone dan charger / powerbank
  14. Ubat / supplement (pilihan)
  15. Krim sunblock
  16. Kelengkapan mandian (tuala/sabun/pencuci muka/berus gigi)



Hari ke-2: 

Mendaki ke puncak  

  1. Baju Base layer (heattech / thermal)
  2. Baju hiking (mudah kering bukan cotton)
  3. Penutup kepala (penting)
  4. Seluar Base layer (heattech / thermal)
  5. Seluar hiking (ringan / mudah kering / kalis air) 
  6. Jaket (fleece / down) dengan ketahanan -5 hingga -10 
  7. Windbreaker (kalis air, kalis angin / kalis UV)
  8. Penutup mulut / muka (hidung dan mulut yang terkena angin akan mudah haus / kering / berhingus) 
  9. Lampu kepala (pastikan ada bateri)
  10. Air 1 liter ke puncak. 1 liter turun 
  11. Baju hujan / payung 
  12. Beg kecil (yang mudah dibawa untuk simpan baju hujan / payung / air / makanan)
  13. Sarung tangan (kalis air) 



Nota: 

  1. Tidur malam sedia pakai baju untuk ke puncak. 
  2. Ke puncak tidak perlu bawa tongkat, sebab banyak pegang tali.
  3. Makanan untuk tenaga boleh bawa coklat, protein bar, kismis, kurma, kacang. Contoh: coklat nips. 
  4. Minuman tenaga boleh bawa air yang berlabel elektrolite, serbuk garam (yang biasa untuk orang diarhea) atau 100+ / revive untuk mengelak kekejangan otot dan menambah tenaga.
  5. Jenis ubat / supplement / First aid:  spray untuk kram, panadol actifast, garlic, ubat mabuk, minyak angin / panas, deep heat lotion, vitamin C, insect repellant with deet dan ubat peribadi seperti ubat gastrik. 
  6. Elakkan mengambil kafein berlebihan kerana akan membuat degupan jantung laju / palpitations. 
  7. Bawa makanan sendiri jika takut kurang selera dengan makanan yang disediakan. Maggie dijual dengan harga RM7, coca cola / minuman tin RM11, air botol 500ml RM7 ; 1liter RM11.
  8. Bawa air lebih dari bawah dan minta porter angkat, kerana air minum tidak diberi percuma di Laban rata. Kecuali teh / kopi panas. 
  9. Jangan tinggalkan barang berharga di hostel waktu ke puncak. 
  10. Tidur awal dan jangan membuat bising di hostel dan gunung. 
  11. Bangun hari kedua pukul 1.30 pagi dan sarapan pada pukul 2 pagi, perjalanan ke puncak bermula pada 2.30 pagi.


Pilihan: 

  • Pilih pakaian ringan dan mudah kering. Elakkan memakai pakaian jenis cotton kerana ia akan menyerap kelembapan (hujan/peluh) dan menyebabkan kesejukan / hyperthermia. 

  • Pakai seluar fit compress untuk mengurangkan kesakitan otot. 

  • Bawa hair dryer kecil untuk mengeringkan rambut dan pakaian basah jika terkena hujan. 

  • Beri porter bawa beg anda jika tidak larat membawa beg berat dan supaya tidak terlalu penat untuk ke puncak keesokannya. Bayaran porter : RM13 sekilo. 

  • Pakai minyak atau losyen untuk kulit jika mempunyai jenis kulit kering supaya tidak gatal / terkupas. 

  • Bawa body warmer atau hand warmer yang dijual di Daiso. Pakai waktu tidur malam letak di kaki atau tangan atau mana-mana bahagian badan yang perlu.

  • Bawa cool fever. Letak di dahi atau leher jika demam waktu malam. 

  • Bawa sleeping bag yang paling ringan dan kecil (ultra light) atau thermal blanket bagi yang susah tidur malam di tempat sejuk / untuk mengelak haba badan tersejat. 

  • Aqua tab / water filter bottle. Terdapat air disediakan di setiap perhentian, walaubagaimanapun ia tidak dirawat dan pendaki boleh minum atas risiko sendiri atau menggunakan aqua tab / botol penapis (jika ada). 

Ini semua adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri, jika anda rasa kurang bersesuaian dengan anda, boleh lah mengubahnya sendiri. 

Semoga bermanfaat dan selamat mendaki dengan gembira ❤️

Ulasan

  1. Kalau semasa summit attack boleh ke pakai kasut getah je?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Popular posts

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)

Itenary Gunung Tambuyukon