Resipi Masala Chai Tea Latte
Masala Chai Tea Latte |
Pagi ini sahabat saya Liana tiba-tiba bersemangat untuk belajar tentang Masala Tea. Dia pun menggoogle tentang teh ini dan memang banyak resipi Masala Tea dimuatnaik ke media sosial.
Pertama kali saya minum Masala Tea adalah sewaktu saya mengikut trip mendaki / trekking ke Annapurna Base Camp atau lebih dikenali sebagai ABC di Nepal pada tahun 2017.
Kerana tak sabar untuk membuatnya, kami ke Jothys (Restoran Daun Pisang) pada waktu rehat untuk minum Masala Tea yang dirindui itu. Emm.. sememangnya sedap. Disediakan dalam cawan kopi, saiz yang sangat kecil, pasti lah tak puas.. haha.. Harga pulak RM4 secawan.
Masala Tea |
Setiba di rumah selepas pulang dari kerja, saya menerima gambar dari Liana, dia sudah pun membuat Masala tea dengan resipi dari Google, ini membuat saya turut jadi bersemangat untuk membuat Masala Tea juga hehe..
Didihkan semua bahan |
Untuk mudah mengingatnya, bahan-bahan Masala Tea hanya ada 5.
1. Teh (paling bagus Black Tea)
2. Kayu Manis
3. Halia
4. Bunga Cengkih
5. Biji Buah Pelaga
Semua bahan-bahan ini dimasak sekali dengan air sehingga mendidih. Terakhir, baru lah dicampur dengan susu pekat manis atau gula atau kosong sahaja bagi yang menyukainya tanpa campuran susu atau gula.
Selain diminum semasa ia hangat, Masala Tea juga sedap diminum setelah didinginkan.
Ada banyak variasi Masala Tea di media sosial, ada juga yang mencampurkannya dengan lada hitam. Tapi ini lah rasa Masala Tea yang saya pernah minum di Nepal dulu sehingga saya jatuh cinta dengan minuman ini, hehehe..
Selamat membuat minuman yang sedap! 😊
#masalatearecipe #resipitehmasala #masalatea
Ulasan
Catat Ulasan