Itenary Gunung Tambuyukon
Pengumuman:
Saya bukanlah seorang penjual pakej atau ejen mendaki gunung. Itenary ini hanyalah sebagai gambaran untuk para pendaki yang berminat terhadap Gunung Tambuyukon jika mereka ingin mendakinya. Itenary ini juga tidak lah tetap, hanya sebagai contoh sahaja. Terima kasih.
Umi di puncak Tambuyukon, berlatarkan Kinabalu. 07.12.2017 |
Itenary Gunung Tambuyukon 5H4M / 4H3M
-----------------
HARI PERTAMA: PENDAFTARAN
(Tempahan telah dilakukan lebih awal pada tarikh yang ditetapkan)
5.00 am Bertolak dari Kota Kinabalu
7.00 am Tiba di Kinabalu park dan bersarapan di restoran Panataran yang terletak di luar Kinabalu Park.
8.00 am Mendaftar di kaunter Kinabalu Park.
Mengisi borang mendaki.
Mendengar taklimat oleh Park Ranger di Pejabat Am Kinabalu Park.
Bayar permit mendaki dan insurans.
11.00 am Pekan Ranau
Membeli barang-barang keperluan dan makanan serta makan tengahari.
2.00 pm Bertolak ke Substesen Monggis
4.30 pm Tiba di Substesen Monggis
Mandi, masak, makan dan tidur.
(Terdapat asrama di pejabat Substesen Monggis atau berkhemah di luar pejabat)
----------------------
HARI KEDUA: Hari Pertama Pendakian (8KM)
8.00 am Bersiap
Bertemu dengan ranger stesen.
Membayar upah malim gunung dan porter sebelum pendakian.
9.00 am Mula Mendaki
Mendengar taklimat dari Malim Gunung, bergambar dan mula mendaki.
1.00 pm Berhenti Rehat makan tengahari di KM4 Kera Shelter
5.00 pm Tiba di KM8 Kem Kepuakan
Mendirikan khemah / fly, mandi, makan dan berehat.
---------------------
HARI KETIGA: Hari Ke-2 Pendakian (4KM)
9.00 am Mula Mendaki ke Kem Musang KM10
1.00 pm Tiba di Kem Musang
Mendirikan khemah dan berehat.
Saliran air terletak beberapa ratus meter dari kem ini.
--------------------------
HARI KEEMPAT: Hari Ke-3 Pendakian (Puncak)
12.00 am Makan dan bersiap untuk mendaki ke puncak
7.00 am Tiba di puncak Gunung Tambuyukon 2,579M (KM14)
2.00 pm Tiba di Kem Musang
5.00 pm Tiba di Kem Kepuakan
Mendirikan khemah, mandi, makan dan berehat.
-------------------------
HARI KELIMA: Hari Ke-4 Pendakian Turun ke Substesen Monggis
9.00 am Mula turun ke Substesen
3.00 pm Tiba di Substesen Monggis
Mandi dan berehat
Penerimaan Sijil
5.30 pm Keluar dari Substesen Monggis
8.00 pm Singgah makan malam di Pekan Ranau
11.30 pm Tiba di Kota Kinabalu
------------------
Ulasan
Catat Ulasan