Gunung Tambuyukon (part 4)

Cerita Tambuyukon part 4 :
8KM Ke Kem Kepuakan & Quickpitchtent

A picture showing climbers at mount Tambuyukon entrance
Tempat mula dan akhir pendakian

8KM Ke Kem Kepuakan

Pagi itu hujan. Sebelum memulakan pendakian, kami menerima taklimat daripada renjer hutan dan malim gunung. 

Menurut renjer stesen ini, pendaki akan berpeluang menjadi seperti haiwan-haiwan yang ada di dalam hutan tersebut dalam ekspedisi ini. Beruang dan monyet turut disebutnya. Terasa seperti amat mencabar ditambah lagi dengan kehadiran pacat dan sungai-sungai yang perlu direntas seperti yang terlukis pada peta gunung ini. 

Pukul 9.40 pagi, kami pun berangkat dalam keadaan hujan renyai-renyai. Perjalanan ke KM2 dan KM3 adalah landai dan sedikit menaik. 

Pukul 12 tengahari kami berhenti untuk makan tengahari, waktu ini saya sudah ketinggalan dari kawan-kawan lain yang lebih laju dari saya. Hanya ada malim gunung yang berjalan bersama saya. 

Perjalanan ke KM4 dan sehingga ke KM6 iaitu Kem Kepuakan juga adalah landai tapi sedikit curam. 

Pukul 6 petang kami pun tiba di Kem Kepuakan. Terlihat khemah dan fly sudah pun dipasang oleh mereka yang telah sampai sejam lebih awal! Alhamdulillah..

Berkhemah di Kem Kepuakan Gunung Tambuyukon
Kem Kepuakan

Sungai di Kem Kepuakan Gunung Tambuyukon
Haus

Khemah di Kem Kepuakan Gunung Tambuyukon
Me at Kem Kepuakan


QUICKPITCHTENT

Sehari sebelum ekspedisi pendakian ini, saya sempat meluangkan masa bersama keluarga di Pantai Rang Bulan. Sehari sebelum itu pula saya telah membeli sebuah khemah yang bernama Quickpitchtent. Sejenis khemah yang mudah dipasang. Hanya buka ikatan dan lempar ke tanah, poof! ia mula terbentuk. Tapi sayangnya sewaktu di pantai Rang Bulan lagi ia telah patah dan tidak dapat dimasukkan ke dalam beg. 

Balik dari Pantai Rang Bulan, saya kembali ke kedai yang menjual khemah itu. Syukur mereka masih menerima khemah tersebut dan mahu menukarnya dengan yang baru. 

Masalahnya sebaik saja hendak digunakan di Kem Kepuakan, ia tidak mahu berdiri. Padahal telah dibuka dan ditutup semula dengan baik di kedai tersebut. Besinya telah patah di dua bahagian. Mungkin khemah ini hanya boleh dibuka sekali sahaja dan apabila ditutup kebarangkalian untuk patah itu adalah pasti! 

Bung yang menolong untuk menyiapkan khemah menawarkan untuk bertukar khemah dengannya. Alhamdulillah.. Terima kasih bung sudah menawarkan khemahnya untuk kami (saya dan umi).

Cerita Tambuyukon Part 5

Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)

Itenary Gunung Tambuyukon