Gunung Tambuyukon (Part 1)

Cerita Tambuyukon Part 1 : Pengenalan

Puncak Gunung Tambuyukon, Mount Tambuyukon peak
Puncak Tambuyukon

PENGENALAN

Gunung Tambuyukon dengan ketinggian 2,579M adalah gunung yang ketiga tertinggi di Sabah dan Malaysia selepas Gunung Kinabalu (4095M) dan Gunung Trusmadi (2642M).

Terletak 30KM dari Pekan Ranau, kedudukan sebenarnya adalah di antara tiga buah daerah iaitu Ranau, Kota Marudu dan Kota Belud. Oleh kerana sebahagian besar gunung dan puncaknya berada dalam daerah Ranau maka ia diambil kira berada dalam daerah tersebut. 

Gunung Tambuyukon mempunyai beberapa lapisan hutan dengan pelbagai flora dan fauna. Sepanjang jalan, pandangan anda akan dihiasi dengan pemandangan hutan bukit, hutan dipterokarp, hutan montane, dan hutan ericaceous atau hutan gunung.

Disebabkan kepelbagaian flora dan fauna di sini, gunung ini biasanya didaki oleh pengkaji tumbuhan dan hidupan liar dari dalam dan luar negara sahaja. 

Kami beruntung kerana pada pendakian kali ini, kami berpeluang melihat haiwan seperti kijang, musang, monyet dan kesan-kesan cakaran beruang pada pokok. Bermacam jenis periuk kera, bunga-bunga orkid liar dan bunga Rafflesia yang masih kuncup. Selain itu, pacat juga lah penunggu yang paling setia.. hehe..

Klik sini
Cerita Tambuyukon Part 2

Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)

Itenary Gunung Tambuyukon