Gunung Tambuyukon (Part 2)

Cerita Tambuyukon (Part 2): 
Perjalanan Bermula & Pendaftaran

Pendaftaran mendaki gunung Tambuyukon, mount Tambuyukon registration
First meeting

PERJALANAN BERMULA

Pada 4 hingga 8 Disember 2017 yang lalu, saya bersama 5 orang rakan telah mendaki gunung ini. Umi, Yan, Bung, Izan dan Mizan. Lima dari kami adalah pertama kali mendaki gunung ini, dan seorang pula baru pertama kali mendaki gunung!

Pertama kali berkhemah di hutan, pertama kali paling lama berada di hutan dan pertama kali digigit pacat adalah kenangan kami yang terindah bersama Gunung Tambuyukon. 

Yan, ketua kumpulan yang terlantik secara automatik telah menempah trip pendakian ini dari Sabah Parks seawal 3 bulan sebelum pendakian.

Untuk mendaftar, seseorang perlu menulis surat kepada Sabah Parks dengan menyatakan keinginan untuk mendaki gunung Tambuyukon, memohon permit serta menyatakan tarikh pendakian yang dipilih. 

Surat akan dibalas dalam tempoh lebih kurang 14 hari dengan disertakan kadar harga yang perlu dibayar untuk mendaki gunung Tambuyukon. 

(Pengiraan dan itenary telah saya sediakan pada post yang berlainan dari ini)

Setiap trip harus mengambil masa 4 hari 3 malam untuk mendaki dan turun dari gunung Tambuyukon walaupun ia boleh diselesaikan lebih awal. Ini adalah berikutan daripada insiden pendaki yang tersesat akibat mengejar masa dan terpisah daripada kumpulan sebelum ini. 

Kumpulan kami memperuntukkan masa berada di sana selama 5 hari 4 malam termasuk sehari untuk menguruskan pendaftaran dan membeli barang keperluan di Pekan Ranau.

PENDAFTARAN

Pada hari pertama, seawal pukul 4.30 pagi, Umi, ahli minit terakhir yang pertama kali mendaki gunung datang ke rumah saya untuk bersama-sama menuju ke Inanam. 

Kami telah berjanji pada awalnya untuk menumpang kereta Izan dari Inanam ke Kundasang (Kinabalu Park).

Pukul 5.30 pagi, kami pun memulakan perjalanan dari Inanam menuju ke Kinabalu Park dan sampai pada pukul 7 pagi di sana. Kami terus bersarapan di Restoran Panataran yang berhadapan dengan Kinabalu park. 

Selepas bersarapan, kami bertemu dengan ahli-ahli yang lain untuk melakukan pendaftaran dan pembayaran di kaunter Kinabalu Park.

Kami mengisi beberapa borang dan kemudian pergi ke pejabat am Sabah Park yang terletak bersebelahan muzium Kinabalu Park. Di situ, kami mendengar taklimat daripada Park Ranger mengenai gunung Tambuyukon dan beliau menasihatkan kami supaya mengambil pakej selama 4 hari 3 malam kerana pada awalnya kami berhajat untuk memendekkan waktu pendakian kepada 3 hari 2 malam. Mengambilkira akan risiko yang mungkin terjadi, kami pun mengikut nasihat beliau dan mengambil pakej 4 hari 3 malam. 

Permit untuk 4 hari pun dibayar dan kami masing-masing menerima kad nama sebagai tanda permit sudah diluluskan. Sebelum keluar dari Kinabalu Park, kami juga mengambil gambar kumpulan terlebih dahulu.  Semangat!

Cerita Tambuyukon Part 3

Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)

Itenary Gunung Tambuyukon