Gunung Tambuyukon (Part 3)

Cerita Tambuyukon Part 3 : 
Mencari Nasi Impit & Substesen Monggis

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon Part 3


MENCARI NASI IMPIT

Sebaik keluar dari Kinabalu Park, kami menuju ke Pekan Ranau untuk membeli barang-barang masakan dan air minum untuk dibawa bersama. Walaubagaimanapun, hampir semua kedai yang kami singgah di situ tidak ada yang menjual nasi impit. Kami pun mengambil keputusan untuk membeli beras sahaja. Selain itu kami juga membeli mee segera, makanan dalam tin, bekas makanan dan sabun cuci.

Lima orang dari kami tidak pernah mendaki Gunung Tambuyukon sebelum ini melainkan Yan sahaja, jadi kami kurang tahu jika makanan adalah tanggungjawab sendiri, bukan disediakan oleh pihak Taman-Taman Sabah seperti pendakian Gunung Kinabalu. 

Selepas berbelanja kami berkumpul semula untuk makan tengahari di restoran Kilimu dan berbelanja lagi di sebuah Hypermarket Sabindo. Di situ baru lah kami berjumpa dengan nasi impit. Ini adalah perhentian terakhir kami sebelum meneruskan perjalanan ke Substesen Monggis yang terletak 30KM dari Pekan Ranau. 

SUBSTESEN MONGGIS

Mendaki gunung Tambuyukon, Tambuyukon hiking, sub stesen Monggis
Sub Stesen Monggis

Mendaki gunung Tambuyukon, mount Tambuyukon Hiking
Pondok di Substesen Monggis

Kami tiba di Substesen Monggis pada pukul 4 petang dan melihat sekumpulan pendaki yang baru turun sedang menaiki bas untuk pulang di pintu masuk Kampung Monggis. 

Untuk sampai ke Substesen Monggis, kereta beroda 4X4 diperlukan kerana jalannya yang berlumpur. 

Di Substesen Monggis ada disediakan hostel dan dapur untuk kemudahan pendaki. Walaubagaimanapun kami mengambil keputusan untuk bermalam di pondok yang terletak di luar rumah Substesen, terasa lebih adventure kali. 🤣

Perkakas memasak semua dikeluarkan dan makan malam pun dimasak. Belum sempat melahap, kami menyedari bahawa makanan yang kami bawa tidak cukup! Maklumlah kekurangan pengalaman mencatu makanan.. hehe.. Beberapa orang keluar semula untuk mencari makanan, mujurlah terdapat kedai runcit di pintu masuk Kampung Monggis. Alhamdulillah.. jika tidak, jauh lagi perjalanan untuk ke pekan Ranau. Kampung ini terpencil dan tiada talian telefon serta internet, penduduk kampung pun hanya menerima bantuan daripada pertubuhan yang bukan berbasis keuntungan.

Cerita Tambuyukon Part 4

Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)

Itenary Gunung Tambuyukon