Larian 9KM Pertama
Pada 10 Oktober 2017, hari Ahad yang lalu adalah kali pertama saya mengambil bahagian dalam acara larian sejauh 9 Kilometer.
Sijil penyertaan |
Larian ini dinamakan sebagai Sabah College 9KM Jubilee Turnbull Run, ia diadakan bersempena sambutan ulangtahun ke-60 Sekolah Maktab Sabah.
Penyertaan saya ini adalah hasil daripada tajaan majikan saya (SEDCO) sebagai menyokong acara larian tersebut.
Medal |
Penyertaan saya ini adalah hasil daripada tajaan majikan saya (SEDCO) sebagai menyokong acara larian tersebut.
.
Larian bermula pada pukul 6.40 pagi dari SMK Maktab Sabah dan saya menghabiskan larian di tempat yang sama pada pukul 7.55 pagi. Bermakna, saya mengambil masa selama 1 jam 15 minit untuk menghabiskan larian sejauh 9KM ini. Bagi saya ini adalah satu pencapaian diri, kerana berjaya menghabiskan larian.
Sebelum ini, saya pernah mengambil bahagian dalam acara larian 5 dan 7 kilometer, tapi perasaan dan prestasi diri yang saya rasakan berbeza.
.
Pada larian kali ini, saya mengaplikasikan beberapa teknik hasil tunjuk ajar dari sahabat dan jurulatih peribadi saya, Edna. Saya rasa ada sedikit mudah untuk berlari, kurang penat dan otot kaki yang bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran larian pun rasa teraktif!
Di masa akan datang teringin juga mencabar diri berlari lebih jauh dan menjadikan aktiviti larian jarak jauh atau marathon ini sebagai salah satu aktiviti masa lapang, latihan kecergasan dan gaya hidup sihat saya.
.
Jika anda ada cadangan atau tips untuk pelari baru seperti saya ini, atau ada acara larian yang anda rasa saya patut ikut, kongsikan lah dengan saya di bahagian komen. Terima kasih..
logo tu macam magicalips.
BalasPadam