Pencinta Alam Jangan Keliru


Pencinta Alam Jangan keliru, sea, pitas, pulau, island, Supirak, pulau Kapal.


Ramai yang masuk ke hutan, mendaki gunung, ke pantai dan menyelam ke dasar laut, berfikir mereka sedang bercinta dengan alam.


Ramai dari kita yang melakukan sebegitu sebenarnya hanya bercinta dengan diri sendiri sahaja.


Jangan keliru antara pencinta alam dan pencinta diri, dan jangan keliru antara pencinta diri dan mementingkan diri sendiri.


Ramai yang masuk ke hutan, mendaki gunung, ke pantai dan menyelam ke dasar laut bukan untuk melihat dan menghayati alam tapi supaya mereka yang dilihat sedang melakukan sesuatu yang hebat.


Pencinta alam menyintai alam dengan memikirkan tentang kepentingan alam. Melangkah masuk dan meninggalkan tempat-tempat ini dengan hati-hati agar tetap menjaganya dari tercemar.


Pencinta alam tidak meninggalkan sampah yang tidak boleh terurai serta sisa bertoksik di tempat-tempat yang dia fikir dia cintai. Seumpama orang bercinta yang selalu memikirkan tentang kebajikan pasangannya.


Jika kamu tenang bersama alam, rasakan adakah alam juga tenang bersama mu? Jika peralatan dan barang keperluan yang kamu bawa menyenangkanmu, fikirkan adakah benda-benda itu juga menyenangkan alam.


Hari ini, mari periksa kembali benda yang kita bawa yang merosakkan alam jika ditinggalkan. Plastik, tin, tisu, tisu basah, sabun, botol plastik, straw, bekas makanan plastik. Ini semua sisa yang tidak terurai seterusnya menyakiti alam dan hidupannya termasuk kita sendiri.


Bawa pulang sampah kita.


Wariskan alam yang indah dan bersih untuk generasi kita.


Pesanan penuh cinta untuk para pencinta 😊❤️

Nooren Aman

Ahad, 17 Mac 2019


Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)

Itenary Gunung Tambuyukon