Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Kontinjen Perbarisan Kumpulan SEDCO Dipuji

Imej
Selamat Hari Merdeka ke-62 Malaysia! Tahun ini dengan tema "Sayangi Malaysiaku"  "Malaysia Bersih". Seperti tahun-tahun sudah, Kumpulan SEDCO menghantar sebuah kontinjen ke pertandingan perbarisan hari kebangsaan. Alhamdulillah.. Tahun ini saya dipilih bersama-sama dalam kontinjen ini. Latihan telah dimulakan sejak awal bulan lagi, seramai 42 orang ahli telah dipilih dari staf SEDCO serta anak-anak syarikat termasuk Hyatt Regency Hotel, Perkasa Trading SB, Perkasa Realty SB,  Sedco Travel SB dan Sedcovest Holdings SB. Kontinjen telah berusaha sehabis baik namun tidak mendapat tempat di mata pengadil kali ini. Kontinjen menerima kata-kata ucapan tahniah berikut daripada pegawai dan pengurusan SEDCO; "Penyertaan dan semangat berpasukan SEDCO amat dihargai dan memenangi hati kita semua.  Terima kasih kepada Team SEDCO dan semua yang terlibat.  πŸ‘" - GGM SEDCO Group "Iya kontinjen sedco mmg terbaikkk πŸ‘πŸ‘πŸ‘semangat ting

Jualan Merdeka Snowdrop Clothpads

Imej
Jualan Merdeka Snowdrop Clothpads Snowdrop mengadakan jualan sempena hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 bagi 14 buah pakej pad kain termasuk pakej pantyliner terbaru Snowdrop Dry Flux Thin. Jualan berlangsung sehingga 31 Ogos 2019 (Sabtu) Ambil peluang ini untuk bertukar kepada pad kain yang lebih menjimatkan atau untuk menambah koleksi pad kain anda! 😊 WhatsApp untuk tempahan 0168037709 (Nooren) Ikuti halaman kami di; Facebook: Pada Kain Snowdrop Instagram: @heartsnowdrop

Dry Flux Thin, Pantyliner Nipis

Imej
Dry Flux Thin Snowdrop  memperkenalkan keluaran terbaru  pantyliner Snowdrop saiz Dry Flux Thin ! Lebih nipis, selesa dan lebih cepat kering untuk digunakan setiap hari. Sesuai untuk yang lebih sukakan pantyliner yang betul-betul nipis & tak rasa bila pakai pantyliner.      Harga  untuk Dry Flux Thin RM17/pc tak masuk kos poslaju. Tapi...! Sempena launching Dry Flux Thin, kami nak bagi special promo pakej 8 keping (dapat semua 8 warna minky yang berbeza), percuma wet bag small limited edition yg baru bernilai RM21 😍  Harga Pengenalan Dry Flux Thin berserta beg basahan percuma! HARGA ~RM157~  *Sekarang RM117!*  _ JIMAT RM40_ 😱 Jatuh rm14+ je sekeping Dry Flux Thin*,siap PERCUMA wet bag small dan boleh pilih warna lagi! 😱 Kena cepat grab sebab *promo launching* ni berlangsung sampai *31 Ogos 2019 * sahaja! Lepas ni kami jamin takkan dapat semurah ni sebab promo khas pakej launching Dry Flux Thin. WhatsApp Agen Snowdrop sekaran

Berhenti Salahkan Orang Lain, Perbaiki Diri Sendiri

Imej
PERBAIKI DIRI SENDIRI Photo: ig grantgirsky Tak ada jualan, sebab kedai sebelah guna pelaris. Tak ramai kawan, sebab ramai orang dengki. Sakit misteri 7 tahun, sebab kena buatan orang. Marilah kita hentikan tuduhan dan mentaliti kasihan seperti ini.  Orang  lain boleh berbuat jahat, tapi Tuhan lah yang mengizinkan ia terjadi. Orang lain boleh berbuat jahat, tapi kita masih boleh memperbaiki diri, dan Tuhan pun akan mengubah nasib kita. Ayuh bangkit! sudah lah bermain watak mangsa. Jadi lah hero kepada diri sendiri. Tak tahu? belajar. Sakit? berubat dan amalkan gaya hidup sihat. Tak ada sesiapa? berkawan lah.  Berhenti  menyalahkan aspek di luar diri. Mulai melihat ke dalam diri. Perbaiki diri dari dalam ke luar. Jika dilahirkan miskin, itu bukan salahmu, tapi jika kamu mati miskin itu adalah salahmu. " Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" Surah Yusuf ayat 87

Jadi Kreatif Dengan EO

Imej
JADI KREATIF DENGAN EO Memang bukan semua benda perlu EO, bagi  oiler  atau orang yang dah biasa dengan penyelesaian natural mesti lah cari EO dulu. Jadi kreatif dengan EO Bagi sesetengah orang, EO hanya untuk wangi-wangi tandas. Ada pulak, EO digunakan dalam regime kecantikan. Ada juga yang bikin wangi-wangi di ruangan rumah menggantikan penyegar udara sintetik. Walau apa pun alasannya, EO memang banyak kegunaannya. Isnin lalu, sewaktu mengambil bungkusan di warehouse Young Living, seorang wanita dalam lingkungan 40an yang masuk selepas saya, sepatutnya mengambil giliran dilayan selepas saya. Iaitu no.3 dalam barisan, sebab di hadapan saya ada seorang wanita lain lagi yang sedang menunggu barangannya. Wanita nombor 3 ini sangat tidak sabar dan menyuruh pekerja kaunter untuk cepat-cepat mengambil barangannya. Sehingga wanita yang pertama tadi bertolak ansur untuk memberikan gilirannya. Sementara pekerja di warehouse tersebut mengumpulkan barangannya di dala

Resipi Masala Chai Tea Latte

Imej
Masala Chai Tea Latte Pagi ini sahabat saya Liana tiba-tiba bersemangat untuk belajar tentang Masala Tea. Dia pun menggoogle tentang teh ini dan memang banyak resipi Masala Tea dimuatnaik ke media sosial. Pertama kali saya minum Masala Tea adalah sewaktu saya mengikut trip mendaki / trekking ke Annapurna Base Camp atau lebih dikenali sebagai ABC di Nepal pada tahun 2017. Kerana tak sabar untuk membuatnya, kami ke Jothys (Restoran Daun Pisang) pada waktu rehat untuk minum Masala Tea yang dirindui itu. Emm.. sememangnya sedap. Disediakan dalam cawan kopi, saiz yang sangat kecil, pasti lah tak puas.. haha.. Harga pulak RM4 secawan. Masala Tea Setiba di rumah selepas pulang dari kerja, saya menerima gambar dari Liana, dia sudah pun membuat Masala tea dengan resipi dari Google, ini membuat saya turut jadi bersemangat untuk membuat Masala Tea juga hehe.. Didihkan semua bahan Untuk mudah mengingatnya, bahan-bahan  Masala Tea hanya ada 5. 1. Teh (pali