Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Ikrar Media Sosial Untuk Kesihatan Mental

Imej
Ubah Suapan Anda #DisruptYourFeed 🙅️ ⠀ ⠀ Pada 09 haribulan 10 yang lalu, akaun sosial media The Female Lead telah melancarkan sebuah Ikrar Media Sosial untuk mempromosikan penggunaan media sosial yang lebih sihat dan positif di kalangan remaja dan belia. Ikrar ini diasaskan atas penemuan akar umbi hasil penyelidikan bersama antara The Female Lead dan Psikologis Cambridge Dr Terri Apter. Penyelidikan ini keluar dari kebimbangan global mengenai kesan dunia digital terhadap kesejahteraan anak muda, terutamanya wanita. Panduan media sosial semasa memberi tumpuan kepada batas keselamatan dan masa, tetapi sangat sedikit tentang cara membuat pengalaman lebih memperkaya. Mereka ingin tahu: boleh media sosial menjadi daya inspirasi dalam kehidupan anak-anak gadis? Penyelidikan penting ini telah menunjukkan banyak hasil positif yang terhasil daripada pengenalan model peranan wanita yang baru dan mengganggu suapan media sosial. Ikrar Media Sosial mereka menggubah penem

Bila Period, Ingat Snowdrop

Imej
Bila period, Ingat Snowdrop, Ingat Period, Ingat Snowdrop. Ya betul, bila period kita akan automatik mencari pad, bagi pengguna pad Snowdrop mestilah akan ingat pada pad Snowdrop dan mula mencari di mana mereka menyimpannya. Kerana apa? Jom baca ini; KEPUTIHAN : SENTIASA KERING  Sebenarnya waktu tak Period pun boleh pakai pad Snowdrop ni. Adiela Ridzuan seorang model yang juga pengguna pad Snowdrop menggunakan saiz Dry Flux (Pantyliner kering) ketika mengandung untuk menguruskan keputihan. Adiela Ridzuan "Siapa kata mengandung tak boleh pakai Pad Snowdrop? Saya guna saiz Dry Flux setiap hari. Biasalah bila mengandung, masalah keputihan tu memang mengganggu rutin harian saya dan saya percaya wanita di luar sana pun alami masalah yang sama. Saya pun rasa selamat bila gunakannya kerana ianya diperbuat dari 100% kain" - Adiela Ridzuan MESRA KULIT DAN SESUAI CUACA PANAS Pad Snowdrop ni juga sesuai digunakan pada cuaca negara kita yang panas da

Apa Komen Pengguna Pad Kain Snowdrop?

Imej
Secara peribadi saya telah pun menggunakan pad kain Snowdrop sejak tahun 2014 sehingga kini, iaitu sudah 5 tahun! Mari kita ikuti apa kata atau testimoni pengguna pad kain Snowdrop yang lain pula. Kebanyakan mereka ini sudah pun menggunakan Pad Kain Snowdrop sejak 3 hingga 10 tahun! Testimoni ini juga boleh anda lihat di bahagian komen posting Facebook Snowdrop. Rata-rata mengatakan pad kain Snowdrop ini selesa, tak gatal, senggugut dan keputihan berkurangan. Jimat duit dan tak payah fikir beli pad setiap bulan. "Memang best.. First time guna..  Selesa.. macam tak pakai pad pun ada.. masalah kegatalan pun dah tak de.." "Betul, alhamdulilah saya dah pakai dekat 2 tahun dah.. Sengggugut pun dah takde.. Tiap-tiap bulan tak payah fikir nak beli pad.. 👍👍" "5 tahun lepas saya selamat melahirkan zuriat pertama iaitu bayi perempuan akan tetapi bayi saya tidak panjang umurnya. Dalam kesedihan semasa berpantang saya mengalami '

Pad Kain: Pilihan Yang Menjimatkan, Sihat dan Mesra Alam

Imej
Wanita, kenapa anda nak pilih untuk bertukar kepada pad kain atau Clothpad? Pad kain moden atau lebih dikenali sebagai Clothpads adalah pilihan alternatif kepada anda, wanita yang suka berjimat, suka menjaga kesihatan serta suka menjaga kebersihan alam sekitar. Hari ini, ramai yang mencari produk yang tahan lama dan mesra alam ( sustainable product and eco friendly ) termasuk lah pad kain. Kesedaran kita mulai terbuka dengan keadaan alam sekitar serta ekonomi yang mencabar. Sejak sepuluh tahun  lalu (2009 - 2019),  Snowdrop Clothpads telah pun berada di pasaran dan sepanjang waktu itu, banyak penambahbaikan yang telah dilakukan.  Maklum balas positif yang diterima dari pengguna setia juga mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan untuk terus menghasilkan pad kain murah yang berkualiti buatan Malaysia. Semua pad kain Snowdrop yang dihasilkan adalah buatan tangan yang dijahit dengan kemas dan comel serta bernilai untuk dimiliki. JIMAT DUIT Anda da

Anxiety : Berlari Sebagai Latihan Pernafasan

Imej
Berlari sebagai latihan pern afasan Green Run 1111, 2017 Salah satu cara yang saya diajar oleh doktor untuk mengatasi Anxiety ialah melakukan latihan pernafasan. Latihan ini mesti dilakukan setiap hari sebanyak 3 kali. Walaubagaimanapun, saya lebih suka pergi mendaki dan berlari atau berada dalam kelas yoga untuk melakukan latihan pernafasan. Jika saya berada di rumah sendiri, seperti tak ada paksaan dan dorongan untuk melakukannya. Oleh itu, saya lebih suka melakukan aktiviti di luar rumah yang membuat saya bernafas dengan baik. Borneo Women Run 2018 Jika anda ada anxiety, berlari dan mendaki adalah sangat baik untuk anda. Kerana semasa anda sedang berlari, anda sedang melakukan latihan pernafasan atau memaksa diri anda untuk bernafas. Kadang-kadang seseorang lupa untuk bernafas dalam beberapa keadaan seperti stress. Nafas tanpa disedari sedang ditahan dan akibatnya mengalami sesak nafas. Suplemen untuk mental dan fizikal Jika anda seor

Kenapa Nasihat Dibenci Oleh Pesakit Depresi

Melalui nasihat, seorang yang depres akan tahu bahawa pemberi nasihat tidak memahaminya. Dari itu, seorang depres tidak akan berkongsi apa-apa dengan sesiapa pun, kerana lebih banyak berkongsi, lebih banyak dia dihakimi dalam bentuk nasihat.  Kerana itu nasihat sangat dibenci. Apa yang lebih diperlukan ialah telinga untuk didengar . Sepanjang saya berjumpa kaunselor, psikologi dan psikiatri di hospital mesra, tidak pernah mereka memberi saya nasihat. Mereka hanya mendengar sahaja.  Saya rasa sangat difahami dan berkeyakinan untuk sembuh.  Mereka melayan saya seperti pesakit biasa, ada ujian darah dan hormon, scan dan ubat diberikan untuk menyeimbangkan kimia dalam otak, serta tekanan darah juga.  Depresi bukan alasan untuk malas. Ia adalah penyakit. - Catatan Kesedaran Kesihatan Mental. #mentalhealthawareness #kesedarankesihatanmental #Depresi #Depresion

Kontinjen Perbarisan Kumpulan SEDCO Dipuji

Imej
Selamat Hari Merdeka ke-62 Malaysia! Tahun ini dengan tema "Sayangi Malaysiaku"  "Malaysia Bersih". Seperti tahun-tahun sudah, Kumpulan SEDCO menghantar sebuah kontinjen ke pertandingan perbarisan hari kebangsaan. Alhamdulillah.. Tahun ini saya dipilih bersama-sama dalam kontinjen ini. Latihan telah dimulakan sejak awal bulan lagi, seramai 42 orang ahli telah dipilih dari staf SEDCO serta anak-anak syarikat termasuk Hyatt Regency Hotel, Perkasa Trading SB, Perkasa Realty SB,  Sedco Travel SB dan Sedcovest Holdings SB. Kontinjen telah berusaha sehabis baik namun tidak mendapat tempat di mata pengadil kali ini. Kontinjen menerima kata-kata ucapan tahniah berikut daripada pegawai dan pengurusan SEDCO; "Penyertaan dan semangat berpasukan SEDCO amat dihargai dan memenangi hati kita semua.  Terima kasih kepada Team SEDCO dan semua yang terlibat.  👍" - GGM SEDCO Group "Iya kontinjen sedco mmg terbaikkk 👍👍👍semangat ting

Jualan Merdeka Snowdrop Clothpads

Imej
Jualan Merdeka Snowdrop Clothpads Snowdrop mengadakan jualan sempena hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 bagi 14 buah pakej pad kain termasuk pakej pantyliner terbaru Snowdrop Dry Flux Thin. Jualan berlangsung sehingga 31 Ogos 2019 (Sabtu) Ambil peluang ini untuk bertukar kepada pad kain yang lebih menjimatkan atau untuk menambah koleksi pad kain anda! 😊 WhatsApp untuk tempahan 0168037709 (Nooren) Ikuti halaman kami di; Facebook: Pada Kain Snowdrop Instagram: @heartsnowdrop

Dry Flux Thin, Pantyliner Nipis

Imej
Dry Flux Thin Snowdrop  memperkenalkan keluaran terbaru  pantyliner Snowdrop saiz Dry Flux Thin ! Lebih nipis, selesa dan lebih cepat kering untuk digunakan setiap hari. Sesuai untuk yang lebih sukakan pantyliner yang betul-betul nipis & tak rasa bila pakai pantyliner.      Harga  untuk Dry Flux Thin RM17/pc tak masuk kos poslaju. Tapi...! Sempena launching Dry Flux Thin, kami nak bagi special promo pakej 8 keping (dapat semua 8 warna minky yang berbeza), percuma wet bag small limited edition yg baru bernilai RM21 😍  Harga Pengenalan Dry Flux Thin berserta beg basahan percuma! HARGA ~RM157~  *Sekarang RM117!*  _ JIMAT RM40_ 😱 Jatuh rm14+ je sekeping Dry Flux Thin*,siap PERCUMA wet bag small dan boleh pilih warna lagi! 😱 Kena cepat grab sebab *promo launching* ni berlangsung sampai *31 Ogos 2019 * sahaja! Lepas ni kami jamin takkan dapat semurah ni sebab promo khas pakej launching Dry Flux Thin. WhatsApp Agen Snowdrop sekaran

Berhenti Salahkan Orang Lain, Perbaiki Diri Sendiri

Imej
PERBAIKI DIRI SENDIRI Photo: ig grantgirsky Tak ada jualan, sebab kedai sebelah guna pelaris. Tak ramai kawan, sebab ramai orang dengki. Sakit misteri 7 tahun, sebab kena buatan orang. Marilah kita hentikan tuduhan dan mentaliti kasihan seperti ini.  Orang  lain boleh berbuat jahat, tapi Tuhan lah yang mengizinkan ia terjadi. Orang lain boleh berbuat jahat, tapi kita masih boleh memperbaiki diri, dan Tuhan pun akan mengubah nasib kita. Ayuh bangkit! sudah lah bermain watak mangsa. Jadi lah hero kepada diri sendiri. Tak tahu? belajar. Sakit? berubat dan amalkan gaya hidup sihat. Tak ada sesiapa? berkawan lah.  Berhenti  menyalahkan aspek di luar diri. Mulai melihat ke dalam diri. Perbaiki diri dari dalam ke luar. Jika dilahirkan miskin, itu bukan salahmu, tapi jika kamu mati miskin itu adalah salahmu. " Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" Surah Yusuf ayat 87

Jadi Kreatif Dengan EO

Imej
JADI KREATIF DENGAN EO Memang bukan semua benda perlu EO, bagi  oiler  atau orang yang dah biasa dengan penyelesaian natural mesti lah cari EO dulu. Jadi kreatif dengan EO Bagi sesetengah orang, EO hanya untuk wangi-wangi tandas. Ada pulak, EO digunakan dalam regime kecantikan. Ada juga yang bikin wangi-wangi di ruangan rumah menggantikan penyegar udara sintetik. Walau apa pun alasannya, EO memang banyak kegunaannya. Isnin lalu, sewaktu mengambil bungkusan di warehouse Young Living, seorang wanita dalam lingkungan 40an yang masuk selepas saya, sepatutnya mengambil giliran dilayan selepas saya. Iaitu no.3 dalam barisan, sebab di hadapan saya ada seorang wanita lain lagi yang sedang menunggu barangannya. Wanita nombor 3 ini sangat tidak sabar dan menyuruh pekerja kaunter untuk cepat-cepat mengambil barangannya. Sehingga wanita yang pertama tadi bertolak ansur untuk memberikan gilirannya. Sementara pekerja di warehouse tersebut mengumpulkan barangannya di dala

Resipi Masala Chai Tea Latte

Imej
Masala Chai Tea Latte Pagi ini sahabat saya Liana tiba-tiba bersemangat untuk belajar tentang Masala Tea. Dia pun menggoogle tentang teh ini dan memang banyak resipi Masala Tea dimuatnaik ke media sosial. Pertama kali saya minum Masala Tea adalah sewaktu saya mengikut trip mendaki / trekking ke Annapurna Base Camp atau lebih dikenali sebagai ABC di Nepal pada tahun 2017. Kerana tak sabar untuk membuatnya, kami ke Jothys (Restoran Daun Pisang) pada waktu rehat untuk minum Masala Tea yang dirindui itu. Emm.. sememangnya sedap. Disediakan dalam cawan kopi, saiz yang sangat kecil, pasti lah tak puas.. haha.. Harga pulak RM4 secawan. Masala Tea Setiba di rumah selepas pulang dari kerja, saya menerima gambar dari Liana, dia sudah pun membuat Masala tea dengan resipi dari Google, ini membuat saya turut jadi bersemangat untuk membuat Masala Tea juga hehe.. Didihkan semua bahan Untuk mudah mengingatnya, bahan-bahan  Masala Tea hanya ada 5. 1. Teh (pali