Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

Itenary Gunung Trusmadi 3 Hari 2 Malam

Imej
Kem 2 Gunung Trusmadi via Sinua ITENARY GUNUNG TRUSMADI VIA SINUA (MANNAN) 3 HARI 2 MALAM / 3D2N Hari Pertama / Day 1 11.00 am: Bertolak dari Kota Kinabalu 1.00 pm  : Tiba di Keningau, ke Sinua dan terus ke Kem 1 Mendaftar masuk, masak untuk makan malam dan bermalam di Kem 1. (Peralatan dapur lengkap disediakan, terdapat juga restoran jika tidak memasak) Hari Kedua / Day 2 7.00 am: Sarapan dan masak untuk bekalan makan tengahari. 8.00 am: Mula mendaki dari kem 1 ke kem 2 (8km) 3.00 pm : Tiba di Kem 2, makan dan bermalam. Terus sediakan makanan untuk sarapan / bekalan menuju ke puncak. Hari Ketiga / Day 3 1.00 am: Mula bergerak ke puncak Trusmadi (4KM). Terdapat 2 puncak perlu dilalui sebelum sampai ke puncak sebenar dan terdapat 1 menara tinjau sebelum puncak. 6.00 am: Tiba di puncak 7.00 am: Mula bergerak turun ke Kem 2 10.00 am: Tiba di Kem 2. Berehat, makan tengahari dan mengemas barang. 12.30 pm: Bergerak turun ke Kem 1 4.00 pm: Sampa

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Imej
Penerimaan sijil ---------------------------- Bayaran Pendakian Gunung Tambuyukon 1. Bayaran Masuk RM3 2. Permit Mendaki RM100 sehari x 4 Hari = RM400 3. Insurans Pendaki untuk hari pertama RM7 4. Insurans Pendaki untuk hari seterusnya RM3.50 x 3 Hari = RM10.50 5. Sijil RM5.30 (termasuk GST) 6. Tapak Khemah RM5.30 (termasuk GST) x 3 Malam = RM15.90 TOTAL RM441.70 --------------------------- 7. Upah Malim Gunung RM110 x 4 Hari = RM440 ÷ 3 Orang pendaki = RM146.60 8. Insurans Malim Gunung untuk hari pertama RM7 ÷ 3 Orang pendaki = RM2.30 9. Insurans Malim Gunung untuk hari seterusnya RM3.50 x 3 Hari = RM10.50 ÷ 3 Orang pendaki = RM3.50 TOTAL RM457.50 bahagi 3 orang pendaki = RM152.50 10. Porter 10 kilo pertama RM280 ÷ 3 Orang pendaki = RM93.30 Kiraan seterusnya RM7 Sekilo ----------------- JUMLAH bayaran untuk seorang pendaki (tanpa porter) RM441.70 + RM457.50 = RM899.20 JUMLAH bayaran untuk 3 orang pendaki (tanpa porter) RM441.70

Itenary Gunung Tambuyukon

Imej
Pengumuman:  Saya bukanlah seorang penjual pakej atau ejen mendaki gunung. Itenary ini hanyalah  sebagai gambaran untuk para pendaki yang berminat terhadap Gunung Tambuyukon jika mereka ingin mendakinya. Itenary ini juga tidak lah tetap, hanya sebagai contoh sahaja. Terima kasih. Umi di puncak Tambuyukon, berlatarkan Kinabalu. 07.12.2017 Itenary Gunung Tambuyukon 5H4M / 4H3M ----------------- HARI PERTAMA: PENDAFTARAN (Tempahan telah dilakukan lebih awal pada tarikh yang ditetapkan) 5.00 am Bertolak dari Kota Kinabalu  7.00 am Tiba di Kinabalu park dan bersarapan di restoran Panataran yang terletak di luar Kinabalu Park. 8.00 am Mendaftar di kaunter Kinabalu Park.  Mengisi borang mendaki. Mendengar taklimat oleh Park Ranger di Pejabat Am Kinabalu Park.  Bayar permit mendaki dan insurans. 11.00 am Pekan Ranau Membeli barang-barang keperluan dan makanan serta makan tengahari. 2.00 pm Bertolak ke Substesen Monggis 4.30 p

Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)

Imej
Cerita Tambuyukon part 5 (akhir) 2KM Tercuram & Berlari Ke Puncak Kenangan terindah 2KM TERCURAM Di hari ke-2 pendakian, kami menempuh 2KM perjalanan yang paling curam ke KM9 iaitu Kem Musang. Walaupun trek ini hanya dua kilometer sahaja tapi ia adalah yang paling curam dan becak kerana hujan. Di sini kami memakan masa selama 3 hingga 4 jam!  Pendakian dimulakan pada pukul 9.50 pagi dan sampai ke Kem Musang pada pukul 2 petang. Ahli lain sudah sampai sejam lebih awal dari saya.  Terdapat tandas dan anak sungai untuk sumber air masak beberapa ratus meter dari kem. Kami masak untuk makan tengahari dan malam. Kami? hehe mesti lah bukan saya yang masak. Anak bulan dikecualikan dari memasak dan memasang khemah haha.. ampun maaf ya kawan-kawan.. 🙏🤣 Kem Musang Kami berehat awal kerana esok adalah hari menuju ke puncak dan harus bergerak seawal pukul 2 pagi. Saya meminta supaya waktu bergerak diawalkan kerana takut kesiangan di puncak.  Suhu di

Gunung Tambuyukon (part 4)

Imej
Cerita Tambuyukon part 4 : 8KM Ke Kem Kepuakan & Quickpitchtent Tempat mula dan akhir pendakian 8KM Ke Kem Kepuakan Pagi itu hujan. Sebelum memulakan pendakian, kami menerima taklimat daripada renjer hutan dan malim gunung.  Menurut renjer stesen ini, pendaki akan berpeluang menjadi seperti haiwan-haiwan yang ada di dalam hutan tersebut dalam ekspedisi ini. Beruang dan monyet turut disebutnya. Terasa seperti amat mencabar ditambah lagi dengan kehadiran pacat dan sungai-sungai yang perlu direntas seperti yang terlukis pada peta gunung ini.  Pukul 9.40 pagi, kami pun berangkat dalam keadaan hujan renyai-renyai. Perjalanan ke KM2 dan KM3 adalah landai dan sedikit menaik.  Pukul 12 tengahari kami berhenti untuk makan tengahari, waktu ini saya sudah ketinggalan dari kawan-kawan lain yang lebih laju dari saya. Hanya ada malim gunung yang berjalan bersama saya.  Perjalanan ke KM4 dan sehingga ke KM6 iaitu Kem Kepuakan juga adalah landai tapi sedikit curam

Gunung Tambuyukon (Part 3)

Imej
Cerita Tambuyukon Part 3 :  Mencari Nasi Impit & Substesen Monggis MENCARI NASI IMPIT Sebaik keluar dari Kinabalu Park, kami menuju ke Pekan Ranau untuk membeli barang-barang masakan dan air minum untuk dibawa bersama. Walaubagaimanapun, hampir semua kedai yang kami singgah di situ tidak ada yang menjual nasi impit. Kami pun mengambil keputusan untuk membeli beras sahaja. Selain itu kami juga membeli mee segera, makanan dalam tin, bekas makanan dan sabun cuci. Lima orang dari kami tidak pernah mendaki Gunung Tambuyukon sebelum ini melainkan Yan sahaja, jadi kami kurang tahu jika makanan adalah tanggungjawab sendiri, bukan disediakan oleh pihak Taman-Taman Sabah seperti pendakian Gunung Kinabalu.  Selepas berbelanja kami berkumpul semula untuk makan tengahari di restoran Kilimu dan berbelanja lagi di sebuah Hypermarket Sabindo. Di situ baru lah kami berjumpa dengan nasi impit. Ini adalah perhentian terakhir kami sebelum meneruskan perjalanan ke Substesen Mongg

Gunung Tambuyukon (Part 2)

Imej
Cerita Tambuyukon (Part 2):  Perjalanan Bermula & Pendaftaran First meeting PERJALANAN BERMULA Pada 4 hingga 8 Disember 2017 yang lalu, saya bersama 5 orang rakan telah mendaki gunung ini. Umi, Yan, Bung, Izan dan Mizan. Lima dari kami adalah pertama kali mendaki gunung ini, dan seorang pula baru pertama kali mendaki gunung! Pertama kali berkhemah di hutan, pertama kali paling lama berada di hutan dan pertama kali digigit pacat adalah kenangan kami yang terindah bersama Gunung Tambuyukon.  Yan, ketua kumpulan yang terlantik secara automatik telah menempah trip pendakian ini dari Sabah Parks seawal 3 bulan sebelum pendakian. Untuk mendaftar, seseorang perlu menulis surat kepada Sabah Parks dengan menyatakan keinginan untuk mendaki gunung Tambuyukon, memohon permit serta menyatakan tarikh pendakian yang dipilih.  Surat akan dibalas dalam tempoh lebih kurang 14 hari dengan disertakan kadar harga yang perlu dibayar untuk mendaki gunung Tambuyukon. 

Gunung Tambuyukon (Part 1)

Imej
Cerita Tambuyukon Part 1 : Pengenalan Puncak Tambuyukon PENGENALAN Gunung Tambuyukon dengan ketinggian 2,579M adalah gunung yang ketiga tertinggi di Sabah dan Malaysia selepas Gunung Kinabalu (4095M) dan Gunung Trusmadi (2642M). Terletak 30KM dari Pekan Ranau, kedudukan sebenarnya adalah di antara tiga buah daerah iaitu Ranau, Kota Marudu dan Kota Belud. Oleh kerana sebahagian besar gunung dan puncaknya berada dalam daerah Ranau maka ia diambil kira berada dalam daerah tersebut.  Gunung Tambuyukon mempunyai beberapa lapisan hutan dengan pelbagai flora dan fauna. Sepanjang jalan, pandangan anda akan dihiasi dengan pemandangan hutan bukit, hutan dipterokarp, hutan montane, dan hutan ericaceous atau hutan gunung. Disebabkan kepelbagaian flora dan fauna di sini, gunung ini biasanya didaki oleh pengkaji tumbuhan dan hidupan liar dari dalam dan luar negara sahaja.  Kami beruntung kerana pada pendakian kali ini, kami berpeluang melihat haiwan seperti kijang, mu