Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)

Cerita Tambuyukon part 5 (akhir)
2KM Tercuram & Berlari Ke Puncak

Mendaki gunung Tambuyukon Part 5 akhir
Kenangan terindah

2KM TERCURAM

Di hari ke-2 pendakian, kami menempuh 2KM perjalanan yang paling curam ke KM9 iaitu Kem Musang.

Walaupun trek ini hanya dua kilometer sahaja tapi ia adalah yang paling curam dan becak kerana hujan. Di sini kami memakan masa selama 3 hingga 4 jam! 

Pendakian dimulakan pada pukul 9.50 pagi dan sampai ke Kem Musang pada pukul 2 petang. Ahli lain sudah sampai sejam lebih awal dari saya. 

Terdapat tandas dan anak sungai untuk sumber air masak beberapa ratus meter dari kem. Kami masak untuk makan tengahari dan malam. Kami? hehe mesti lah bukan saya yang masak. Anak bulan dikecualikan dari memasak dan memasang khemah haha.. ampun maaf ya kawan-kawan.. 🙏🤣

Kem Musang Gunung Tambuyukon Sabah
Kem Musang

Kami berehat awal kerana esok adalah hari menuju ke puncak dan harus bergerak seawal pukul 2 pagi. Saya meminta supaya waktu bergerak diawalkan kerana takut kesiangan di puncak. 

Suhu di sini agak sejuk seperti di Kundasang (11°c). Tidur perlu lah memakai baju sejuk dan gajet elektronik juga perlu disimpan dalam beg atau dilapis dengan lapisan kalis sejuk untuk mengelakkan kehabisan bateri. 


BERLARI KE PUNCAK

Puncak Gunung Tambuyukon Sabah
Boy band

Pukul 1 Pagi kami mula bersiap dan selepas makan sedikit, pendakian pun diteruskan.

Trail yang dilalui dari Kem Musang sehingga ke KM12 ialah hutan berlumut dan pacat juga semakin berkurangan kerana cuaca semakin sejuk.

Tambuyukon Trail
Sejenis spesis beruang 🤣

Kami melalui trail yang memerlukan kepandaian berpaut dari dahan ke dahan seperti monyet sambil berpijak pada akar sepanjang KM11 hingga KM12. Di setiap kiri dan kanan trail, periuk kera bergantungan menjadi hiasan. Alhamdulillah.. Sejuk mata memandang.

Dari KM12 hingga ke KM13 pula, pendaki memerlukan skil memanjat batu atau rock climbing. Ini kerana trail bukan lagi tanah atau dahan pokok tetapi serpihan batu-batu besar! Di kiri kanan trail dihiasi pohon-pohon bonsai, orkid hutan kecil dan besar serta periuk kera.

Sunrise mount Tambuyukon
Sunrise from Mount Tambuyukon

KM13 hingga KM14 atau puncak, trail sudah tidak terlalu susah dan dapat dilalui dengan mudah dan cepat. Gunung Kinabalu dapat dilihat dari puncak ini jika tidak ditutup kabus, matahari terbit juga sangat indah dengan warna merah kuning orennya yang terbias oleh kabus dan awan.


Mount Tambuyukon Sunrise
Best buddy Umi

Saya sudah berlari sehabis nafas sepanjang berpaut pada dahan-dahan pokok sebelum ini, tapi masih tidak dapat mengejar puncak lebih awal. Mujur kawan-kawan menunggu saya di puncak untuk bergambar bersama.

Puncak Gunung Tambuyukon
#Tambuyukon06
Pukul 10 pagi, saya baru tiba di puncak sementara kawan-kawan lain sudah bersedia hendak turun. Mereka sudah berada disitu seawal pukul 7 pagi lagi. Saya tidak sangka puncaknya sejauh ini. Mungkin ada kesilapan dalam menentukan jarak gunung ini seperti menurut Titin, malim gunung kami. 

Walaupun saya jalan dengan perlahan tapi saya telah sampai ke puncak Gunung Tambuyukon, puncak ketiga tertinggi di Malaysia! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar 😍

Setelah puas menghabiskan masa di puncak kami pun turun semula ke Kem Musang dan seterusnya ke Kem Kepuakan. Kami bermalam lagi semalam di Kem Kepuakan sebelum pulang pada esok hari.

Pendaki dari Kem Kepuakan ke Kem Musang di Gunung Tambuyukon Sabah
Ready
Kesimpulannya, saya sangat bersyukur atas trip kali ini, semua ahli pendaki bersatu hati, mudah diurus, berdikari, saling membantu dan menunggu, memahami, kenyang lapar dan haus pun bersama. Toleransi yang luar biasa buat saya. Syukur Alhamdulillah.. 

Dari perasaan geli dan berteriak kepada pacat, saya pada akhirnya boleh tenang membuka pacat-pacat yang melekat di kaki, tangan dan seluruh badan saya. Eeeuuwww!!! kan. Kasut pun penuh pacat. Gatal bekas gigitan pacat pun mau berbulan lamanya sembuh. 

Jika anda tertanya kenapa trip ini terlalu lama sehingga memerlukan 4 hari 3 malam di hutan, jawapannya ialah ia telah ditetapkan oleh Taman-taman Sabah berikutan rekod pendakian yang lepas. Terdapat pendaki yang hilang akibat terpisah dari kumpulannya dan trail di gunung ini juga sangat susah dan mengelirukan. 

Pendaki gunung, dengar lah kata malim dan berlaku baiklah kepada alam di hutan dan gunung, mudah-mudahan anda selamat, insyaallah..

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Ulasan

Catat Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Itenary Gunung Tambuyukon