Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Pad Kain: Pilihan Yang Menjimatkan, Sihat dan Mesra Alam

Imej
Wanita, kenapa anda nak pilih untuk bertukar kepada pad kain atau Clothpad? Pad kain moden atau lebih dikenali sebagai Clothpads adalah pilihan alternatif kepada anda, wanita yang suka berjimat, suka menjaga kesihatan serta suka menjaga kebersihan alam sekitar. Hari ini, ramai yang mencari produk yang tahan lama dan mesra alam ( sustainable product and eco friendly ) termasuk lah pad kain. Kesedaran kita mulai terbuka dengan keadaan alam sekitar serta ekonomi yang mencabar. Sejak sepuluh tahun  lalu (2009 - 2019),  Snowdrop Clothpads telah pun berada di pasaran dan sepanjang waktu itu, banyak penambahbaikan yang telah dilakukan.  Maklum balas positif yang diterima dari pengguna setia juga mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan untuk terus menghasilkan pad kain murah yang berkualiti buatan Malaysia. Semua pad kain Snowdrop yang dihasilkan adalah buatan tangan yang dijahit dengan kemas dan comel serta bernilai untuk dimiliki. JIMAT DUIT Anda da

Anxiety : Berlari Sebagai Latihan Pernafasan

Imej
Berlari sebagai latihan pern afasan Green Run 1111, 2017 Salah satu cara yang saya diajar oleh doktor untuk mengatasi Anxiety ialah melakukan latihan pernafasan. Latihan ini mesti dilakukan setiap hari sebanyak 3 kali. Walaubagaimanapun, saya lebih suka pergi mendaki dan berlari atau berada dalam kelas yoga untuk melakukan latihan pernafasan. Jika saya berada di rumah sendiri, seperti tak ada paksaan dan dorongan untuk melakukannya. Oleh itu, saya lebih suka melakukan aktiviti di luar rumah yang membuat saya bernafas dengan baik. Borneo Women Run 2018 Jika anda ada anxiety, berlari dan mendaki adalah sangat baik untuk anda. Kerana semasa anda sedang berlari, anda sedang melakukan latihan pernafasan atau memaksa diri anda untuk bernafas. Kadang-kadang seseorang lupa untuk bernafas dalam beberapa keadaan seperti stress. Nafas tanpa disedari sedang ditahan dan akibatnya mengalami sesak nafas. Suplemen untuk mental dan fizikal Jika anda seor

Kenapa Nasihat Dibenci Oleh Pesakit Depresi

Melalui nasihat, seorang yang depres akan tahu bahawa pemberi nasihat tidak memahaminya. Dari itu, seorang depres tidak akan berkongsi apa-apa dengan sesiapa pun, kerana lebih banyak berkongsi, lebih banyak dia dihakimi dalam bentuk nasihat.  Kerana itu nasihat sangat dibenci. Apa yang lebih diperlukan ialah telinga untuk didengar . Sepanjang saya berjumpa kaunselor, psikologi dan psikiatri di hospital mesra, tidak pernah mereka memberi saya nasihat. Mereka hanya mendengar sahaja.  Saya rasa sangat difahami dan berkeyakinan untuk sembuh.  Mereka melayan saya seperti pesakit biasa, ada ujian darah dan hormon, scan dan ubat diberikan untuk menyeimbangkan kimia dalam otak, serta tekanan darah juga.  Depresi bukan alasan untuk malas. Ia adalah penyakit. - Catatan Kesedaran Kesihatan Mental. #mentalhealthawareness #kesedarankesihatanmental #Depresi #Depresion